Monday, March 29, 2010

Amuk PKR

PKR bakal berdepan dengan suatu pilihanraya kecil yang perlu menguji tahap sokongan masyarakat melayu terhadapnya selepas beberapa ahli parlimennya bertindak meninggalkan parti berkenaan.

Perkembangan terbaru juga boleh dilihat dikalangan ahli-ahli parti tersebut yang menghadiri mesyuarat agong bermula bulan mac lalu.

Kehadiran dan sokongan ahli kebeberapa cabang PKR di Pulau Pinang boleh dilihat hambar, malah ada juga mesyuarat terpaksa ditangguh akibat pertelingkahan dan provokasi ahli sendiri, selain sikap tidak bersedia jawatankuasa untuk menghadapi mesyuarat agong.

Mesyuarat agong di cabang Bukit Gelugor kecoh apabila penyokong ADUN Batu Uban, Raveentheran yang juga ketua cabang berkenaan melemparkan kerusi kerana memprotes pemilihan perwakilan ke kongres.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh exco kerajaan negeri, Abdul Malik itu telah ditangguhkan sendiri oleh beliau.

Thursday, March 11, 2010

Rombakan exco Pulau Pinang diperlukan

Berikutan keputusan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang melalukan rombakan kabinet negerinya selepas 2 tahun pemerintahan telah mendapat reaksi yang sama dikalangan pemimpin politik dan ahli akar umbi meminta pendekatan itu turut diambil oleh Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang.

Bagaimanapun di Pulau Pinang beberapa pemimpin harus diberikan peluang untuk mentadbir negeri ini kini terdapat 8 orang exco dilantik dikalangan ADUN DAP manakala 3 exco dilantik dikalangan ADUN PKR, 2 atau 18% diantara mereka mewakili komposisi melayu.

DAP masih mempunyai 11 ADUN, manakala 6 ADUN yang boleh ditonjolkan.

Sebaliknya beberapa exco ini yang banyak menunjukan prestasi yang sangat buruk masih mahu mempertahanan kedudukan dan kepentingan mereka.

Beberapa exco ini ada yang menyalahgunakan faedah untuk kepentingan pribadi, perebutan jawatan untuk memenuhi semua agensi negeri, hal ini bakal dilihat dan tidak boleh dinafikan oleh kerajaan negeri ini.

Setiap exco diperuntukan sebanyak RM200 ribu untuk membantu kawasan, tidak termasuk peruntukan khas lain jika dipohon, selain menerima faedah dan alaun tetap lain yang diberikan sebagai menjawat jawatan itu.

Malah ada juga exco yang menerima peruntukan tetap tambahan bagi kawasan yang dimenangi UMNO.

Wednesday, March 10, 2010

Tak menangis, tapi meroyan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang tidak senang duduk walaupun mengakui tidak akan menangis selepas beberapa pemimpin dan wakil rakyatnya bertindak keluar daripada parti.

Namun sikap meroyan ini makin menjadi-jadi dan terserlah apabila usaha untuk menganggu kerja Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim akan dilakukan dengan memprotes lawatan kerja beliau hujung minggu ini.

Sebelum ini Pengerusi Perhubungan PKR, Mansor Othman memberi amaran untuk mengambil tindakan disiplin kepada ahli-ahli parti terutama Jawatankuasa Cabang Bayan Baru yang bertemu ahli parlimen itu.

Zahrain bakal diraikan dengan sessi dialog bersama NGO Islam pada 13 Mac ini.


* maksud meroyan = menderita hampir separuh gila kerana kehilangan sesuatu yang amat disayangi.

Disebalik Pilihanraya Kecil Kerajaan Tempatan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terpaksa mengumumkan akan diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan walaupun tidak keberatan untuk melakukan demikian.

Keputusan ini dibuat Lim bagi mengelak menanggung kesalahan beliau akibat merobohkan gerai-gerai terutamanya kepada melayu.

Menurut Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Lim hanya mengumumkan jumlah kompaun yang dikeluarkan berbanding angka sebenar perobohan gerai milik peniaga melayu adalah yang tertinggi di negeri ini sepanjang pemerintahan Lim.

Tanggungjawab merobohkan dan menguatkuasakan peniaga dan penjaja kecil masih diletakan di bawah kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan.

Pengumuman ini adalah satu sandiwara kerana Lim tahu terdapat percanggahan di dalam Akta Kerajaan Tempatan yang tidak dibenarkan pilihanraya dibuat apabila akta berkenaan masih memberikan preogatif kepada seorang ketua menteri dan menteri besar untuk melantik ahli majlis.

Maka keputusan ini bakal mengurangkan pertanggungjawaban (accuntabliti) terhadap masalah ekonomi dan pengurusan negeri dengan membentuk semula legislatif ketiga selepas parlimen dan dewan undangan negeri.

Sumber memberitahu selepas beberapa pemimpin PKR negeri mengkritik Lim tentang cara beliau menguruskan kerajaan negeri malah dikritik sebagai seorang cauvinis dan dasar partinya yang anti-Islam, Pengerusi Majlis Pakatan Rakyat Pulau Pinang ini terpaksa menjadikan agenda utama masalah gerai melayu dan islam diselesaikan.

Maklumat itu mengesahkan bahawa tindakan merobohkan gerai milik kaum melayu dibekukan sehingga hujung tahun ini.

Saturday, March 6, 2010

Pilihanraya Kerajaan Tempatan

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan dan meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mengendalikanya.

Keputusan ini dibuat selepas tuntutan orang ramai di negeri ini meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng melaksanakan janji-janji beliau untuk mengembalikan kepada rakyat.

Keputusan bagi melaksanakannya, apabila SPR perlu meneliti kaedah pilihanraya yang bakal diadakan.

PKR lengkapkan aktiviti politik

Pakatan Rakyat (PR) terhadap Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang sedang berusaha mengumpulkan sebanyak mungkin tanda tangan untuk Zahrain mendesak beliau melepaskan jawatan ahli dewan rakyat dalam usaha terbaru mereka meraih sokongan politik dan dendam mereka terhadap beliau.

Kutipan tanda tangan tersebut dimulakan dengan mengarahkan semua JKKK di negeri ini sebelum dokumen tersebut diletakan dihadapan rumah Zahrain.

Perkembangan yang lain, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah mengarahkan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff mengawasi kawasan Bayan Baru.

Manakalah N.Gobalakrishnan (Padang Serai) mengawasi kawasan Kulim-Bandar Baru, selepas Ahli Parlimen kawasan itu, Zulkifli Nordin melepaskan semua jawatan dalam parti berkuatkuasa malam tadi.

Thursday, March 4, 2010

Orang Melayu Pulau Pinang semakin terpinggir

Oleh Kamal Ahmad
bhrencana@bharian.com.my

Dasar kerajaan negeri DAP hakis hak keistimewaan, kuasa beli hartanah Bumiputera

MELAYU tidak mampu lagi tinggal di Pulau Pinang berikutan kenaikan harga rumah dan percukaian hartanah. Di mana mereka tinggal sekarang? Kebanyakan dalam rumah kecil dan sesak seperti Tanjung Tokong dan Rifle Range.

Mereka turut menghuni rumah pangsa satu bilik, di atas tanah wakaf, tanah terbiar, 'tanah tumpang' atau tanah Tol kerajaan. Berdasarkan ringkasan laporan disediakan bersama Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan tanah Melayu di sebelah pulau merosot berikutan perpindahan mereka ke Daerah Barat Daya selain Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah.

Ramai Melayu turut berhijrah ke negeri lain seperti Kedah dan Perak. Semua kawasan ini dianggap tidak strategik, nilai ekonominya rendah, kurang membangun serta kawasan pertanian. Bukan Bumiputera menjadi majoriti di Daerah Timur Laut dan Seberang Prai Selatan. Kawasan itu sangat pesat termasuk membabitkan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan projek Penang Global City Centre (PGCC), sedangkan pemilikan tanah Melayu di daerah itu semakin mengecil.

"Orang Melayu yang tinggal di kawasan miskin dan sesak dalam bandar ini akan melahirkan fenomena dinamakan kemiskinan bandar yang kesannya antara lain gejala sosial. Mereka juga berada pada kedudukan paling bawah dalam rantaian nilai.

"Kalau kerajaan negeri menyedari masalah Melayu terpinggir di Pulau Pinang maka perlu dan tiba masanya untuk mereka duduk bersama mencari satu pelan tindakan baru untuk menyelesaikan keadaan sekarang ini. Kita lihat tidak ada (tindakan kerajaan)," kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMM), Rizal Faris Mohideen Kadir.

Beliau berkata, pelan tindakan baru untuk Pulau Pinang bukan semata-mata bagi kepentingan Melayu malah mencakupi soal isu pelancongan, mengekalkan status Tapak Warisan Dunia dan soal pembangunan.

"Bila permasalahan Melayu seperti isu meroboh gerai, merampas barang perniagaan dan tindakan menyaman tidak selesai, ini seolah-olah organisasi Melayu tidur dan tak buat kerja pada hal kami menjuarai isu ini sejak hari pertama lagi.

"Akhirnya, kami bersama badan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Pulau Pinang termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berpakat serta nekad bahawa sudah cukup kita berunding, beri teguran dan nasihat. Kini tiba masanya orang Melayu menunjukkan kemarahan kepada kerajaan negeri.

"Berapa lama kita nak duduk dan lihat. Takkan sehingga lenyap orang Melayu (di Pulau Pinang), baru kita nak ambil tindakan," katanya merujuk kepada tindakan orang Melayu mengadakan perhimpunan di Bangunan Komtar, baru-baru ini.

Rizal turut mendakwa Lim Guan Eng melakukan penghantaran delegasi termasuk perdagangan ke Singapura bagi memperhebatkan perhubungan Pulau Pinang dengan republik itu.

Presiden GPMS, Jais Abdul Karim, berkata kerajaan negeri juga difahamkan hendak menggubal undang-undang baru berhubung notis meroboh gerai haram tidak lagi memerlukan tempoh 30 hingga 50 hari tetapi dilakukan dalam masa 24 jam tanpa perlu sebarang notis.

"Juga difahamkan, kerajaan negeri hendak 'menghalalkan' peniaga Batu Feringgi yang merangkumi 99 peratus Cina. Kenapa ada sikap sebegini?" katanya.

"Saya nampak matlamat kerajaan negeri mudah saja. Melayu (di Pulau Pinang) hendak dijadikan seperti di Singapura. Lee Kuan Yew dan Lim Guan Eng umpama mentor dan protege. Kehadiran Kuan Yew dulu memang inilah matlamatnya untuk ajar Guan Eng bagaimana untuk sisihkan Melayu Pulau Pinang dan seolah-olah kami hidup bergantung kepada dia.

"Kita bukan bermusuh dengan penduduk Cina dan India yang ada tetapi masalahnya ialah Guan Eng. Itu adalah fokus masalah kita," kata anak jati Kampung Melayu Tanjung Tokong itu.

Beliau mengimbas kembali janji pemimpin parti pembangkang dalam kempen pilihan raya umum 2008 lalu, bahawa perkampungan Melayu di Tanjung Tokong akan dijadikan tanah warisan. Tetapi selepas mengambil alih kerajaan negeri, mereka mendakwa tiada kuasa dan kawasan itu adalah tanah Kerajaan Persekutuan.

"Bagi saya, ini satu pembohongan dan penipuan yang sejelas-jelasnya kepada orang Melayu di Tanjung Tokong yang memberi kepercayaan kepada mereka, kononnya mengundi mereka adalah demi mempertahankan tanah berkenaan. Hari ini, orang Melayu di Tanjung Tokong masih lagi berhempas pulas dan berjuang untuk mempertahankan tanah itu," katanya.

Perkampungan yang dihuni 3,000 penduduk itu adalah tanah Tol yang sudah dibatalkan hak milik oleh kerajaan negeri. Dengan mencadangkan statusnya ditukar kepada kampung warisan maka kampung itu akan dikekalkan.

"Kalau berani, kami cabar kerajaan negeri untuk datang dan robohkan perkampungan kita. Lihatlah apa tindakan kita. Jadi kami kini umpama tinggal di perkampungan setinggan sebab tidak tahu tanah itu hak milik siapa. Dia nak halau kami bila-bila masa saja boleh," katanya.

Beliau difahamkan kawasan itu hendak dimajukan dengan pangsapuri mewah yang mencecah RM1 juta seunit dan penduduknya yang 100 peratus Melayu akan dipindahkan ke lokasi lain.

"Bagaimana orang Melayu di kampung itu yang kerja kilang dengan gaji RM1,000 sebulan nak beli rumah itu? Semua ini bertujuan menghalau orang Melayu dari pulau ini dan pulau ini hanya boleh diduduki orang yang berpendapatan tinggi," katanya.

Sebaliknya, kerajaan negeri menjemput penduduk Singapura dan Hong Kong datang mendiami Pulau Pinang sebagai rumah kedua mereka.

Jais turut mendedahkan dasar komuniti perniagaan dan sektor swasta Cina di negeri itu yang mewajibkan syarat menguasai bahasa Mandarin untuk calon yang mahu mencari pekerjaan. "Perkara itu adalah mustahil bagi orang Melayu. Ini benda yang tak masuk akal dan kita sedar bahawa inilah agenda dia sebenarnya dan ke mana arah dia nak bawa Pulau Pinang ini memang cukup jelas bagi kita," katanya.